Tech Meets Therapy: Majlis Memperkenalkan Inovasi Robotik dalam Terapi di Hospital Rehabilitasi Cheras

Majlis Perhimpunan Pagi Oktober 2024, anjuran bersama Jabatan Patologi dan Unit Fisioterapi, mengetengahkan tema *Tech Meets Therapy*, yang menekankan integrasi teknologi robotik dalam terapi perubatan moden. Acara ini menjadi langkah penting ke arah penjagaan rehabilitasi berteknologi tinggi.
Timbalan Pengarah Hospital, Ketua Jabatan, Pakar Perubatan, pempamer, wakil dari Pusat Darah Negara, serta pelajar ILKKM Sungai Buloh turut menghadiri majlis tersebut. Antara sorotan utama ialah pameran peralatan rehabilitasi robotik, yang memberi peluang kepada kakitangan untuk menerokai teknologi terkini, di samping Program Derma Darah.
Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Faizul Nizam Abu Salim, menzahirkan penghargaan kepada kakitangan Hospital Rehabilitasi Cheras atas perkhidmatan cemerlang, sambil berkongsi statistik rawatan terapi tertinggi sejak Hospital Rehabilitasi Cheras mula beroperasi pada 2012.

Mar 21,2025